CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Tuesday, March 11, 2008

Kita & Perubahan

Perubahan merujuk kepada pergerakan, perpindahan atau peralihan daripada satu keadaan kepada keadaan yang berbeza. Ia juga dikenali sebagai transformasi. Ia merupakan perkara yang kita alami setiap hari sama ada kita sedar ataupun tidak. Perubahan juga boleh berlaku secara terancang atau tidak terancang, secara fizikal atau pembelajaran dan berstruktur ataupun tidak berstruktur.
Hakikatnya, kita sebagai manusia sememangnya akan sentiasa ingin melakukan perubahan tidak kira perubahan pada diri sendiri mahupun perubahan untuk mencapai kemajuan. Oleh itu, kita seharusnya sedar bahawa setiap individu perlu berubah bagi mencapai kemajuan dalam kehidupan.


Pendapat:
Perubahan penting dalam kehidupan kerana dengan perubahan kita dapat menilai kemajuan diri kita.


Kita & Masa


Kita seringkali mendengar ungkapan ‘masa itu emas’. Ataupun kadangkala terdapat sesetengah pihak menyatakan ‘Gunakanlah masa dengan membuat kerja-kerja yang berfaedah. Dalam konteks kehidupan kita, ungkapan tersebut membawa maksud bahawa masa amat bernilai, malahan merupakan sumber yang penting.
Masa menjadi asas kepada sumber-sumber yang lain dan tidak berubah jumlahnya bagi semua manusia. Contohnya, sememangnya kita ketahui bahawa kita mempunyai 24 jam sehari dan 12 bulan setahun pada masa dahulu, kini dan akan tetap sama walau sejuta tahun lagi. masa tidak boleh diperbaharui,diganti atau dikumpul. Jumlah yang ada begitu terhad. Jadi sebagai insan yang bijak, kita harus mamanfaatkan setiap detik masa yang ada untuk sesuatu yang berfaedah Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah
Masa hidup sebelum mati
Masa sihat sebelum sakit
Masa muda sebelum tua
Masa kaya sebelum miskin
Masa senang sebelum susah.
Oleh itu, kita sebagai insan manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang sempurna pelulah menggunakan setiap masa dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri kita semasa hidup kita.

Pendapat:
Bagi membentuk kebolehan menguruskan masa dengan berkesan bukanlah merupakan satu perkara yang mudah atau dapat dibentuk sekelip mata sahaja. Ia memerlukan disiplin diri yang baik dalam melatih dan mengamalkan strategi pengurusan masa dengan berkesan.


Kita & Modal Insan

Modal Insan merupakan stok sumber manusia yang boleh memberi kesan terhadap pendapatan individu di masa hadapan. Sumber ini boleh ditingkatkan melalui proses pembelajaran sama ada secara formal ataupun tidak formal. Contohnya tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan umur. Istilah modal insan pada mulanya dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou (1877-1959) dalam karyanya, A Study in Public Finance pada tahun 1928. Kemudiannya diikuti tokoh-tokoh seperti Jacob Mincer dalam artikelnya Investment in Human Capital and Personal Income Distribution pada tahun 1958 dan Gary Becker dalam Human Capital pada tahun 1964. Pada aspek yang tertentu, idea mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) iaitu konsep labor power.
Bagi definisi Barat, pembangunan modal insan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat.
Sumber manusia merupakan segala punca yang terdapat pada diri individu yang boleh digunakan untuk memenuhi sesuatu permintaan dan keperluan hidup. Ini merupakan ciri-ciri personal seseorang individu yang boleh dibahagikan kepada sumber daya manusia dan modal insan. Segala sumber yang terdapat pada diri kita amat penting dan harus digunakan dengan cekap. Sumber manusia ini sebenarnya sukar untuk diukur dan ia sukar untuk dipegang dan dilihat secara fizikal. P
ada perspektif Islam, modal insan dilihat tidak sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan melibatkan pembangunan spiritual. Islam melihat modal insan sebagai suatu konsep yang amat luas dan lebih terperinci tanpa terdapat lompang-lompang yang tidak dihuraikan. Definisi yang komprehensif ini dapat menjelaskan betapa pentingnya sumber ini kepada sesebuah negara khususnya umat Islam.

Pendapat:
Modal Insan amat penting dalam kehidupan kita kerana ia menunjukkan bagaimana kita menggunakan sumber yang ada. Disamping itu juga cara sumber digunakan juga mempengaruhi pembentukan peribadi, kejayaaan dan kepuasan hidup khususnya kecemerlangan diri.


Kita & Penetapan Matlamat

Setiap individu pasti mempunyai beberapa impian atau sesuatu keperluan yang ingin dicapai, tidak kira samaa ada dalam jangka waktu terdekat atau jangka masa yang panjang. Contohnya, impian untuk memiliki rumah yang besar, kereta mewah, mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya. sebenarnya, apa jua yang kita ingin capai dan miliki dalam kehidupan kita merupakan satu matlamat. Lazimnya matlamat dibentuk hasil dari pelbagai usaha. Antaranya termasuklah melalui kenahuan, falsafah hidup, nilai, sikap, reaksi-reaksi dari persekitaran, pengalaman, pengetahuan dan matlamat baru yang diperoleh.
Kadangkala, ramai di antara kita gagal mencapai matlamat. Menagapa perkara ini berlaku? Antara sebab utamanya adalah keran tiada kepercayaan, keyakinan diri dan motivasi untuk berusaha, tiada ketahanan diri dan mudah putus asa, terlalu banyak halangan yang boleh menggagalkan sesuatu usaha, matlamat yang terlalu tinggi dan matlamat yang kabur atau tidak jelas. Jadi sebagai individu yang ingin berjaya, kita seharusnya berpendirian teguh dalam mencapai suatu matlamat dan impian.

Pendapat:
Setiap individu yang ingin mencapai matlamat perlulah merancang terlebih dahulu apa yang ingin dicapai dan beri keutamaan pada yang lebih perlu di utamakan.

Kita & Nilai Sosial

Dalam kehidupan seharian kita, nilai sosial dapat dilihat melalui perhubungan individu dengan orang lain atau melalui pergaulannya dalam kehidupan bermasyarakat. Sebagai contoh, nilai ini dapat ditonjolkan melalui sifat individu dalam bentuk kerjasama, sikap berdikari dan toleransi, hormat menghormati, kasih saying dan kesetiaan.
Walau bagaimanapun, kita dapati tidak semua nilai yang dipegang oleh seseorang itu betul atau patut diterima oleh orang lain. Hal ini kerana setiap orang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza-beza terhadap sesuatu walaupun individu tersebut berada di dalam satu keluarga. Sesuatu yang dirasakan penting atau betul oleh seseorang, tidak semestinya dirasakan penting atau betul bagi orang lain. Oleh itu, kita sebagai manusia seharusnya tahu akan makna sebenar nilai yang kita pegang dan tudak mudah goyah dalam mengamalkan nilai tersebut.

Pendapat:
Seseorang individu tidak seharusnya cepat terpengaruh dengan nilai orang lain dalam membuat sesuatu keputusan di samping teguh dengan setiap pendirian yang di pegang.