CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Tuesday, March 11, 2008

Kita & Perubahan

Perubahan merujuk kepada pergerakan, perpindahan atau peralihan daripada satu keadaan kepada keadaan yang berbeza. Ia juga dikenali sebagai transformasi. Ia merupakan perkara yang kita alami setiap hari sama ada kita sedar ataupun tidak. Perubahan juga boleh berlaku secara terancang atau tidak terancang, secara fizikal atau pembelajaran dan berstruktur ataupun tidak berstruktur.
Hakikatnya, kita sebagai manusia sememangnya akan sentiasa ingin melakukan perubahan tidak kira perubahan pada diri sendiri mahupun perubahan untuk mencapai kemajuan. Oleh itu, kita seharusnya sedar bahawa setiap individu perlu berubah bagi mencapai kemajuan dalam kehidupan.


Pendapat:
Perubahan penting dalam kehidupan kerana dengan perubahan kita dapat menilai kemajuan diri kita.


Kita & Masa


Kita seringkali mendengar ungkapan ‘masa itu emas’. Ataupun kadangkala terdapat sesetengah pihak menyatakan ‘Gunakanlah masa dengan membuat kerja-kerja yang berfaedah. Dalam konteks kehidupan kita, ungkapan tersebut membawa maksud bahawa masa amat bernilai, malahan merupakan sumber yang penting.
Masa menjadi asas kepada sumber-sumber yang lain dan tidak berubah jumlahnya bagi semua manusia. Contohnya, sememangnya kita ketahui bahawa kita mempunyai 24 jam sehari dan 12 bulan setahun pada masa dahulu, kini dan akan tetap sama walau sejuta tahun lagi. masa tidak boleh diperbaharui,diganti atau dikumpul. Jumlah yang ada begitu terhad. Jadi sebagai insan yang bijak, kita harus mamanfaatkan setiap detik masa yang ada untuk sesuatu yang berfaedah Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah
Masa hidup sebelum mati
Masa sihat sebelum sakit
Masa muda sebelum tua
Masa kaya sebelum miskin
Masa senang sebelum susah.
Oleh itu, kita sebagai insan manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang sempurna pelulah menggunakan setiap masa dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri kita semasa hidup kita.

Pendapat:
Bagi membentuk kebolehan menguruskan masa dengan berkesan bukanlah merupakan satu perkara yang mudah atau dapat dibentuk sekelip mata sahaja. Ia memerlukan disiplin diri yang baik dalam melatih dan mengamalkan strategi pengurusan masa dengan berkesan.


Kita & Modal Insan

Modal Insan merupakan stok sumber manusia yang boleh memberi kesan terhadap pendapatan individu di masa hadapan. Sumber ini boleh ditingkatkan melalui proses pembelajaran sama ada secara formal ataupun tidak formal. Contohnya tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan umur. Istilah modal insan pada mulanya dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou (1877-1959) dalam karyanya, A Study in Public Finance pada tahun 1928. Kemudiannya diikuti tokoh-tokoh seperti Jacob Mincer dalam artikelnya Investment in Human Capital and Personal Income Distribution pada tahun 1958 dan Gary Becker dalam Human Capital pada tahun 1964. Pada aspek yang tertentu, idea mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) iaitu konsep labor power.
Bagi definisi Barat, pembangunan modal insan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat.
Sumber manusia merupakan segala punca yang terdapat pada diri individu yang boleh digunakan untuk memenuhi sesuatu permintaan dan keperluan hidup. Ini merupakan ciri-ciri personal seseorang individu yang boleh dibahagikan kepada sumber daya manusia dan modal insan. Segala sumber yang terdapat pada diri kita amat penting dan harus digunakan dengan cekap. Sumber manusia ini sebenarnya sukar untuk diukur dan ia sukar untuk dipegang dan dilihat secara fizikal. P
ada perspektif Islam, modal insan dilihat tidak sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan melibatkan pembangunan spiritual. Islam melihat modal insan sebagai suatu konsep yang amat luas dan lebih terperinci tanpa terdapat lompang-lompang yang tidak dihuraikan. Definisi yang komprehensif ini dapat menjelaskan betapa pentingnya sumber ini kepada sesebuah negara khususnya umat Islam.

Pendapat:
Modal Insan amat penting dalam kehidupan kita kerana ia menunjukkan bagaimana kita menggunakan sumber yang ada. Disamping itu juga cara sumber digunakan juga mempengaruhi pembentukan peribadi, kejayaaan dan kepuasan hidup khususnya kecemerlangan diri.


Kita & Penetapan Matlamat

Setiap individu pasti mempunyai beberapa impian atau sesuatu keperluan yang ingin dicapai, tidak kira samaa ada dalam jangka waktu terdekat atau jangka masa yang panjang. Contohnya, impian untuk memiliki rumah yang besar, kereta mewah, mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya. sebenarnya, apa jua yang kita ingin capai dan miliki dalam kehidupan kita merupakan satu matlamat. Lazimnya matlamat dibentuk hasil dari pelbagai usaha. Antaranya termasuklah melalui kenahuan, falsafah hidup, nilai, sikap, reaksi-reaksi dari persekitaran, pengalaman, pengetahuan dan matlamat baru yang diperoleh.
Kadangkala, ramai di antara kita gagal mencapai matlamat. Menagapa perkara ini berlaku? Antara sebab utamanya adalah keran tiada kepercayaan, keyakinan diri dan motivasi untuk berusaha, tiada ketahanan diri dan mudah putus asa, terlalu banyak halangan yang boleh menggagalkan sesuatu usaha, matlamat yang terlalu tinggi dan matlamat yang kabur atau tidak jelas. Jadi sebagai individu yang ingin berjaya, kita seharusnya berpendirian teguh dalam mencapai suatu matlamat dan impian.

Pendapat:
Setiap individu yang ingin mencapai matlamat perlulah merancang terlebih dahulu apa yang ingin dicapai dan beri keutamaan pada yang lebih perlu di utamakan.

Kita & Nilai Sosial

Dalam kehidupan seharian kita, nilai sosial dapat dilihat melalui perhubungan individu dengan orang lain atau melalui pergaulannya dalam kehidupan bermasyarakat. Sebagai contoh, nilai ini dapat ditonjolkan melalui sifat individu dalam bentuk kerjasama, sikap berdikari dan toleransi, hormat menghormati, kasih saying dan kesetiaan.
Walau bagaimanapun, kita dapati tidak semua nilai yang dipegang oleh seseorang itu betul atau patut diterima oleh orang lain. Hal ini kerana setiap orang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza-beza terhadap sesuatu walaupun individu tersebut berada di dalam satu keluarga. Sesuatu yang dirasakan penting atau betul oleh seseorang, tidak semestinya dirasakan penting atau betul bagi orang lain. Oleh itu, kita sebagai manusia seharusnya tahu akan makna sebenar nilai yang kita pegang dan tudak mudah goyah dalam mengamalkan nilai tersebut.

Pendapat:
Seseorang individu tidak seharusnya cepat terpengaruh dengan nilai orang lain dalam membuat sesuatu keputusan di samping teguh dengan setiap pendirian yang di pegang.


Kita & Sistem Budaya Setempat

Budaya merupakan tabiat, cara pemikiran, cara hidup, tingkah laku sesuatu kumpulan dalam sesebuah masyarakat. Setiap sistem mempunyai kehidupan masyarakatnya yang tersendiri. Kepercayaan, adapt resam, makanan merupakan norma hidup yang ditetapkan oleh sistem budaya dan menjadikannya satu sumber. Norma ini pula boelh dijadikan panduan untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.
Umumnya, setiap sistem dan persekitaran saling bergantungan dan berinteraksi secara dua hala. Tindakan satu sistem akan mempengaruhi sistem-sistem yang lain. Di Malaysia kita hidup bermasyarakat dan saling memerlukan antara satu sama lain tanpa mengira adat resam dan budaya sesuatu kaum. Contohnya amalan kunjung mengunjung ke rumah kaum-kaum yang berbeza semasa musim perayaan adalah satu amalan yang baik kerana setiap kaum dapat merasai suasana sambutan perayaan kaum lain disamping adapt yang diamalkan.

Pendapat:
Setiap individu seharusnya mengambil tahu tentang budaya dan adapt kaum-kaum lain bagi mewujudkan keserasian dalam perhubungan.

Kita & Sistem Ekonomi

Sistem ekonomi memberi kesan yang besar terhadap penggunaan sumber dengan mengubah standard atau kualiti kehidupan. Antara kebaikannya ialah memberi peluang kepada individu untuk bersama-sama melibatkan diri dalam proses pengeluaran barangan secara bekerja dan melabur. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan, tahap ekonomi keluarga mahupun individu. Ekonomi juga mempengaruhi corak perbelanjaan dan corak penggunaan sumber, membolehkan kita membeli dan memiliki pelbagai barangan yang diperlukan secara tunai atau kredit.
Jika dilihat dari perspektif negatif dari segi penyalahgunaan sumber wang, kemudahan kredit boleh menyebabkan kenaikan kadar inflasi. Ia juga boleh menyebabkan pengurangan interaksi sesama individu yang lain kerana faktor mengejar kemewahan sehingga melupakan nilai-nilai suatu perhubungan dan pertalian.

Pendapat:
Sistem ekonomi yang stabil dapat menjamin keselesaan hidup seharian kita.

Kita & Sistem Politik

Sistem politik merupakan struktur atau sistem pemerintah yang wujud untuk menjaga kepentingan rakyat dalam sesebuah negara, dengan mengadakan undang-undang dan menyediakan perkhidmatan kemudahan awam seperti balai polis, hospital, sekolah, jalan raya dan sebagainya. Ketidaksedaran akan kewujudan kemudahan ini boleh mengundang pembaziran.
Perlu ditekankan bahawa setiap perkhidmatan yang disediakan oleh sistem politik dibayar oleh rakyat melalui cukai yang dikenakan terhadap pekerja dan pengguna. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu sedar bahawa setiap kemudahan tersebut merupakan sumber yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini penting bagi memastikan faedahnya dapat dinikmati bersama oleh semua lapisan masyarakat.

Pendapat:
Sistem politik yang stabil dapat menjamin keamanan dalam negara disamping mewujudkan masyarakat yang seimbang dari segi mentaliti dan fizikal.



Kita & Sistem Teknologi

Teknologi merupakan ilmu pengetahuan berguna kepada kita. Ianya diatur untuk mencapai sesuatu tujuan. Kebaikan dan keburukan yang dilihat hasil daripada perkembangan sistem ini dipengaruhi oleh cara seseorang individu menggunakan sistem tersebut. Antara kebaikannya yang dapat kita lihat termasuklah memudahkan pengurusan dan pelaksanaan tugas seharian kita, menyediakan kemudahan dan dapat mempengaruhi kesejahteraan hidup. Di samping itu juga, dengan adanya sistem teknologi, ia secara langsung dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga contohnya dengan kemudahan pengangkutan seperti LRT, komuter, Monorail dan sebagainya. Teknologi juga memberi kita kemudahan untuk berhubung contohnya dengan adanya kemudahan telefon dan internet, mengubah keselesaan tempat tinggal dan tempat kerja dengan peralatan-peralatan seperti meletakkan penghawa dingin, memberi peluang pekerjaan kepada individu dengan adanya kilang-kilang dan juga dapat membantu meringankan kerja-kerja rumah contohnya mesin basuh, periuk nasi elektrik dan sebagainya.
Namun begitu, kita sebagai individu yang bertanggungjawab perlu menggunakan sistem teknologi yang ada dengan betul. Penggunaan yang tidak terkawal boleh mendatangkan keburukan kepada kemajuan pengetahuan sains dan teknologi. Kita dapat lihat dengan jelas banyak pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan internet dengan menyebarkan berita-berita palsu. Tindakan seumpama ini telah mengundang banyak masalah.

Pendapat:
Kita sebagai manusia sepatutnya menggunakan segala sistem teknologi yang ada ke arah kebaikan seperti membantu pihak yang susah dan sebagainya.


Kita & Pengurusan

Dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia, pengurusan merupakan satu aktiviti yang penting bagi menjayakan sesuatu perkara. Pengurusan merupakan satu aktiviti merancang sesuatu perkara dalam melaksanakan rancangan bagi mencapai matlamat. Oleh itu, seseorang individu itu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan sesuatu sumber.
Lumrahnya sebagai manusia biasa, pengetahuan dalam menguruskan sesuatu perkara dapat meningkatkan keyakinan diri bagi mencapai kehidupan yang berkualiti dan terus cemerlang dalam menghadapi perubahan dan cabaran era globalisasi dan teknologi. Semua ini berlaku disebabkan pengurusan merupakan nadi untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang dirancang. Ia berperanan sebagai daya penggerak, pengawal, penyelaras dan pembimbing ke arah mencapai matlamat hidup.



Pendapat:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa hidup tanpa pengurusan akan menyebabkan kehidupan seseorang individu itu menjadi huru-hara. Pengurusan merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

Terima Kasih

Termenung di sungai di senja hari
Teringatkan kisah diri dimarahi
Segalanya ada di sini
Untuk pelayar yang dikasihi

Mudik ke hulu memancing ikan
Ikan dipancing bersama teman
Di blog ini kenangan di abadikan
Untuk ingatan sepanjang zaman

Pengujung dan rakan yang dikasihi
Terima Kasih kerana sudi melayari