Modal Insan merupakan stok sumber manusia yang boleh memberi kesan terhadap pendapatan individu di masa hadapan. Sumber ini boleh ditingkatkan melalui proses pembelajaran sama ada secara formal ataupun tidak formal. Contohnya tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan umur. Istilah modal insan pada mulanya dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou (1877-1959) dalam karyanya, A Study in Public Finance pada tahun 1928. Kemudiannya diikuti tokoh-tokoh seperti Jacob Mincer dalam artikelnya Investment in Human Capital and Personal Income Distribution pada tahun 1958 dan Gary Becker dalam Human Capital pada tahun 1964. Pada aspek yang tertentu, idea mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) iaitu konsep labor power.
Bagi definisi Barat, pembangunan modal insan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat.
Sumber manusia merupakan segala punca yang terdapat pada diri individu yang boleh digunakan untuk memenuhi sesuatu permintaan dan keperluan hidup. Ini merupakan ciri-ciri personal seseorang individu yang boleh dibahagikan kepada sumber daya manusia dan modal insan. Segala sumber yang terdapat pada diri kita amat penting dan harus digunakan dengan cekap. Sumber manusia ini sebenarnya sukar untuk diukur dan ia sukar untuk dipegang dan dilihat secara fizikal. Pada perspektif Islam, modal insan dilihat tidak sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan melibatkan pembangunan spiritual. Islam melihat modal insan sebagai suatu konsep yang amat luas dan lebih terperinci tanpa terdapat lompang-lompang yang tidak dihuraikan. Definisi yang komprehensif ini dapat menjelaskan betapa pentingnya sumber ini kepada sesebuah negara khususnya umat Islam.

Pendapat: Modal Insan amat penting dalam kehidupan kita kerana ia menunjukkan bagaimana kita menggunakan sumber yang ada. Disamping itu juga cara sumber digunakan juga mempengaruhi pembentukan peribadi, kejayaaan dan kepuasan hidup khususnya kecemerlangan diri.

0 comments:
Post a Comment