Dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia, pengurusan merupakan satu aktiviti yang penting bagi menjayakan sesuatu perkara. Pengurusan merupakan satu aktiviti merancang sesuatu perkara dalam melaksanakan rancangan bagi mencapai matlamat. Oleh itu, seseorang individu itu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan sesuatu sumber.
Lumrahnya sebagai manusia biasa, pengetahuan dalam menguruskan sesuatu perkara dapat meningkatkan keyakinan diri bagi mencapai kehidupan yang berkualiti dan terus cemerlang dalam menghadapi perubahan dan cabaran era globalisasi dan teknologi. Semua ini berlaku disebabkan pengurusan merupakan nadi untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang dirancang. Ia berperanan sebagai daya penggerak, pengawal, penyelaras dan pembimbing ke arah mencapai matlamat hidup.
Pendapat: Memang tidak dapat dinafikan bahawa hidup tanpa pengurusan akan menyebabkan kehidupan seseorang individu itu menjadi huru-hara. Pengurusan merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

0 comments:
Post a Comment